Kelahiran bloga "Aku Pun Persis Achilles a.k.a APPA" merupakan manifestasi keinginan untuk berkongsi rasa, idea, pandangan dan perenungan dalam menanggapi erti kehidupan. Idea ini tercetus selepas solat tarawih, saya bersama seorang sahabat berbincang berbagai isu seputar permasalahan semasa yang mendorong untuk kita merenung kembali dan pada masa yang sama mentafsir makna-makna tersembunyi yang cuba disampaikan oleh Maha Pencipta.
Isyarat-isyarat Maha Pencipta punya makna-makna yang bermakna untuk kita membaca masa depan atau meneliti masa lalu. Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku punya hikmah tersembunyi, sebagai insan yang dicipta oleh-Nya kita gagal membaca isyarat-isyarat dari-Nya. Kita terlalu sibuk mengejar materi sehingga kita lupa untuk berhenti sebentar untuk merenung dan menanggapi apa yang berlaku di hadapan kita dengan cukup rasional dan waras. Kita terlalu banyak dihidang oleh realiti yang pseudo.
Perlunya catatan-catatan sebegini untuk merakam nadi abad. Dengan dorongan dan rangsangan sobat saya itu selepas menikmati milo ais di restoren "Sepinang Sari", maka tercetuslah bloga ini. Bloga ini bukan diniatkan untuk mengajar seseorang itu tentang sesuatu tetapi lebih kepada usaha untuk berkongsi semata-mata. Kadang-kadang catatan-catatan kecil bisa membawa impak yang besar begitu juga catatan-catatan yang nampak besar hanya membawa berita-berita yang kecil dan punya kepentingan sendiri. Setiap catatan mempunyai nilai-nilai yang tersendiri, contoh paling hampir mengapa kita memilih untuk mencatat sesuatu di dalam diari harian kita? Kerana catatan-catatan sebegini begitu penting untuk kita tanpa kita sedari.
Surah-surah yang dihidangkan kepada kita setiap hari haruslah ditapis terlebih dahulu, kerana penjernihan perlu untuk mencari intisari yang penting. Kita terlalu mudah membuat kesimpulan tanpa terkumpulnya fakta-fakta untuk mendukung tanggapan-tanggapan kita. Kita mudah akur dengan tanggapan semata, di mana pada zaman ini maklumat mudah didapati dan mudah juga untuk diputarbelitkan. Perlunya sumber maklumat kedua, amat penting kerana maklumat primer selalu sahaja punya kepentingan yang terselindung tanpa kita sedari. Jarum-jarum mudah terlipat di celah-celah surah-surah yang disogok kepada kita.
Kelahiran APPA, cuba membawa anda untuk membaca dan menyelami sudut pandang berbeza atau barangkali juga sama. Saranan sobat saya itu agar saya memperturunkan idea-idea dan saran-saran bukan sahaja melalui persuratan sastera semata tetapi cuba dalam genre catatan-catatan ringkas bisa membikin makna untuk masyarakat pembaca atau pentelaah budaya. Moga kelahiran APPA sempena ramadan membawa makna tersendiri untuk pengarang dan rakan-rakan pembaca. Saya tidak memerlukan sejuta orang untuk membaca bloga saya tetapi memadailah seorang insan yang faham dan mengerti mengenai isi kandungan dan mesej yang saya kongsikan bersama.
Segala yang terbaik itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa dan kelemahan itu adalah jalur-jalur kekurangan saya selaku insan biasa.