Ahad, 18 September 2011

Asing


seni itu asing 
dan terasing
seni bukan milik 
orang kebanyakan
seni untuk manusia
"berakal"
seni bukan milik
"materialis"


Rabu, 14 September 2011

Seni


kata id = seni aku mengejek "Seni"

Selasa, 13 September 2011

Belajar Bijak



belajar menjadi bijak
daripada orang muda
belajar menjadi bijaksana
daripada orang tua

Isnin, 12 September 2011

Seni Menghamba



biarlah
seni menghamba 
kepada-Nya
daripada 
seni menghamba
pura manusia 

Rabu, 7 September 2011

Gila Bahasa dan Gila-Gila Bahasa

Sifu cerpenis Sarawak mengatakan dia "gila bahasa"
dan beliau menyatakan bahawa aku pula "gila-gila bahasa"
kerana aku menulis puisi dan dia menulis cerita pendek.

Menarik!

Isnin, 5 September 2011

Blog, Penulis dan Blog Penulis

Setakat 16 Februari 2011, terdapat 156 juta blog umum wujud di laman sesawang. Pada tahun 2009, ramailah penulis-penulis di Sarawak cuba mendekati media baru ini. Selalunya buah baru ramai yang cuba memetiknya....  September 2011, saya cuba menyelusuri denai-denai blog penulis Sarawak... penemuan amat menarik dan saya tidak terkejut, banyaknya kulat dan lumut mula tumbuh di sesawang blog. Barangkali media baru tidak mampu memberi glorifikasi seperti yang dijangka oleh penulis-penulis atau penulis terlalu sibuk mengurus atau mentadbir dunia... barangkali?

Ahad, 4 September 2011

Tumit Achilles

Menurut mitos Yunani, Achilles adalah seorang wira Perang Trojan. Dia adalah pahlawan terbesar Iliad Homer.Surah-surah lagenda menyatakan bahawa Achilles merupakan seorang yang kebal di seluruh badan kecuali tumitnya. Kematiannya berpunca daripada luka kecil pada tumitnya, maka dengan itu muncullah istilah "Tumit Achilles". 

Mitos ini berbicara tentang "ketidaksempurnaan" manusia!